Comel tak logo baru unifi ni? :D
unifi, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) kini memperkenalkan wajah baru mereka lantas membuka era baru dalam sambungan ke arah mempercepatkan konvergens dan pemerkasaan digital. Bukan sahaja memperkenalkan wajah baru mereka tetapi penawarannya untuk kediaman, wifi, mudah alih dan TV. Ini adalah lanjutan daripada pengumuman penjenamaan semula unifi mobile (sebelum ini dikenali sebagai webe) pada November 2017, dan perkhidmatan TV dan penstriman video yang pernah memenangi anugerah, HyppTV kepada unifi TV pada 12 Januari 2018.
Pelancaran penampilan dan tawaran terbaru unifi telah disempurnakan oleh Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM dan Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, bersama-sama Imri Mokhtar, Nain Presiden Eksekutif, unifi; Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV; Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif, unifi Mobile serta barisan pengurusan kanan TM.
unifi home
unifi memperkenalkan 'The unifi Perfect Squad' atau lebih dikenali sebagai 'Skuad Sempurna unifi' #pasangsekarang (#installnow). Ini merupakan lanjutan daripada kempen Promosi Akhir Tahun yang telah memperluaskan jangkauan mereka ke kawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port unigi sedia ada di seluruh negara. 'Skuad Sempurna unifi' diaktifkan bagi mendekati isi rumah untuk membolehkan kita semua menikmati pelbagai pakej istimewa seperti unifi Advance dari hanya RM139 sebulan. Mereka akan datang ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mendaftarkan pelanggan baru untuk mengaktifkan perkhidmatan tersebut. Pakej ini turut hadir dengan beberapa pilihan pek unifi TV, peranti dan pelan panggilan.
unifi mobile
unifi mobile yang dahulunya dikenali sebagai webe telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan semenjak pelancaran pelan kuota tanpa had pada tahun 2016. Perkhidmatan digital sepenuhnya ini akan mencipta satu lagi catatan bagi industri telekomunikasi negara dengan pengenalan unifi mobile #BEBAS - produk pertama yang memenuhi kebebasan kehendak pelanggan. Bukan prabayar atau pasca bayar tetapi hibrid yang memberikan kebebasan untuk memilih mengikut kemahuan dan keperluan tanpa sebarang kontrak dan komitmen. unifi mobile #BEBAS menampilkan #pilihapasaja #bayarbilabila #kredittakmati, segalanya ada pada aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan iaitu mobile@unifi.
unifi akan memberikan 1 juta kad sim 20GB secara percuma kepada rakyat Malaysia! Korang hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih unifi yang terdapat di Playstore atau Appstore. Setelah mendaftar, korang boleh dapatkan kad sim di mana-mana cawangan TMpoint di seluruh negara atau memilih untuk dihantar ke rumah masing-masing dengan bayaran RM10.60
unifi TV
unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV) telah melancarkan permainan interaktif secara langsung yang pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan yang membolehkan penonton berinteraksi dengan permainan dengan penuh keselesaan ketika mereka berada di rumah dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumpah RM20,000 setiap hari. Ditayangkan bermula pada 15 Januari lalu, di HyppSensasi (Saluran 116), terbuka kepada semua pelanggan unifi TV. Korang hanya perlu menjawab 5 soalan menggunakan alat kawalan jauh unifi TV. Program ini dihoskan oleh 4 orang selebriti tanah air iaitu Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan.
Selain daripada penjenamaam semula unifi TV, aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere juga dikenali sebagai unifi PlayTV. Kita semua boleh terus menikmati hiburan bertaraf antarabangsa dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pakej-pakej berbaloi dalam bentuk HD sepenuhnya sama ada Live TV, Video on Demand atau penawaran saluran interaktif sambil menikmati perkhidmatan ini tanpa gangguan cuaca.
TM akan terus menawarkan kepada pelanggannya penawaran konvergens yang relevan menerusi 5 teras iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar dan Negara Pintar - membawakan pengalaman digital menyeluruh dan penyelesaian perniagaan bersepadau bagi memenuhi keperluan komunikasi perniagaan dan gaya hidup ke arah menjadikan 'Hidup Lebih Mudah'