Quantcast
Channel: Ceritera Fatin Bella
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

Ceritera Hamil : Pengalaman Minum Air Gula untuk Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)

$
0
0
Alhamdulillah sedar tak sedar dah 24 minggu #LittleFF ada dalam perut Aten. Betapa besar kuasa Allah mampu hadirkan insan kecil dalam perut kita ni. Terasa diri ni kerdil sangat. Tapi apa-apa pun, Aten sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah dah kurniakan kat Aten ni.
Jadi, semalam Aten pergi ke Klinik MyFamily by MySonoworld untuk MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)  untuk tahu Aten ada GDM atau tak. GDM stand for Gestational Diabetes Mellitus-kencing manis ketika hamil dan checkup baby 6 bulan.
Apa itu Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) ?
MGTT dilakukan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak. Risiko diabetes sangat tinggi dalam kalangan ibu hamil. Bagi Aten, ni sangat perlu untuk kita mengawal paras gula dalam badan kita ketika hamil. Ibu-ibu pun kena jaga kesihatan jugak kan untuk jaga baby yang akan dilahirkan nanti :')
Prosedur untuk MGTT test :
Untuk prosedur MGTT (modified glucose tolerance test), Aten diminta untuk puasa dari malam (depends checkup pukul berapa). Kalau checkup awal, malam tu korang kena puasa awal lah. Kalau checkup lambat, puasa pun start lambat sikit lah. 
Then, keesokan harinya, darah akan diambil buat pertama kali untuk diuji kandungan glukosa menggunakan Accu-Chek Active Blood Sugar. Fuhhh Aten punya debar2 tu lain macam. Yela, sejak pregnant ni, asyik craving benda manis je. Hahhaha. So, result gula Aten 4.4 mmol/L. Alhamdulillah okay tapi gigil la tak makan. Biasa kalau lapar sikit je, kunyah kismis ke, cereal milo ke. Hahaha.
Kemudian, Aten perlu minum air glukosa yang disediakan - 75 mg glukosa dalam 200 ml air kosong. Sedap weh air gula kat Klinik MyFamily by MySonoworld ni. Perasa blueberry. So, takde la struggle sangat nak minum. Hehehe. Ingatkan lepastu boleh makan dah, tapi kena puasa lagi 2 jam. Sampai rumah Kak Ruby tidur sat sementara tunggu 2 jam tu. Hahaha.
Dua jam kemudian, darah akan diambil sekali lagi untuk melihat tahap toleransi Aten pada gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan glukos dalam darah. Resultnya, 8.1 mmol/L. A bit tinggi lah. Kira Aten berpotensi untuk dapat diebetes lah. Jadi, Aten kena lah buat BSP (Blood Sugar Profile) selama 5 hari untuk check kandungan gula dalam darah Aten.  
Secara umumnya bacaan yang biasa di ambil untuk ibu mengandung di Malaysia adalah seperti berikut :
FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal : < 7.8 mmol/L
Reference Range
Normal : < 7.8 mmol/L
Impaired : 7.8 mmol/L - 11.0 mmol/L
Diabetic : 11.1 mmol/L
Biasanya ibu-ibu yang punya bacaan yang berhampiran atau pada borderline akan di minta melakukan ujian sekali lagi. Manakala ibu-ibu yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L akan di rujuk untuk melakukan ujian BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor.
Mengapa Perlu Menjalani Ujian MGTT?
Diabetes disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan badan kita menyimpan gula yang tidak diperlukan serta-merta untuk menghasilkan tenaga.
Badan kita perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa kita sedang hamil, terutamanya daripada kira-kira bulan kelima iaitu ketika tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Jika badan kita tidak dapat menyaingi perkembangan ini, kita mungkin akan menghidap diabetes gestasi.
Bayi memerlukan gula dalam bentuk glukosa untuk membantunya membesar, tetapi terlalu banyak gula pula boleh menyebabkan badannya lebih besar daripada yang sepatutnya, terutamanya pada bahagian bahu, dada dan abdomen. Keadaan ini dikenali sebagai makrosomia yang bermaksud "badan yang besar".
Akibatnya, mungkin sukar bagi kita melahirkannya secara normal nanti kerana bahunya yang besar mungkin akan tersangkut. Bayi yang terlalu besar berkemungkinan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.
Di antara 2 dan 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Dalam kebanyakan kes, apa yang kita perlu untuk mengawal diabetes ialah dengan mengikuti diet yang sihat dan bersenam. Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes, wanita-wanita ini terpaksa menyuntik diri mereka dengan insulin untuk mengawal penyakit ini.
Salah satu tanda diabetes gestasi ialah terlalu banyak gula dalam air kencing. Ini mungkin dikesan melalui ujian air kencing rutin semasa hamil tetapi ia tidak lagi disyorkan sebagai cara yang terbaik untuk mengesan masalah diabetes.
Fatin, kamu kena jaga diet kamu! 
Jadi, doktor suruh Aten jaga diet Aten. 6 bulan Aten pregnant ni, berat Aten naik 10kg. Hahahahaha. Terasa macam penguin dah bila berjalan. Hahaha. Doktor suruh Aten avoid makan pisang which is Aten makan hari2 sebelum ni. Buah-buahan yang boleh dimakan ialah delima dan anggur. Air milo dan seangkatan dengannya pun kena cut dah. Kismis yang Aten makan hari-hari pun kena stop. Kurma pun boleh 1 biji sehari selang 1 hari. Kalau nak minum air buah tu, kena order yang tanpa gula. Fuhhh! Bersenam tu yang penting. Selama 6 bulan ni asyik skip-skip je kan pusing taman. Soooo, azam baru untuk bulan yang akan datang ialah pusing taman setiap pagi menghirup udara segar di Lake Valley BTHO. Gituew. Hahaha. 

Ceritera Hamil : Detailed Scan Baby di Klinik MyFamily by MySonoworld

$
0
0
Masa Aten datang ke Klinik MyFamily by MySonoworld untuk Ujian MGTT [SINI], Aten jugak ada buat checkup #LittleFF untuk 6 bulan punya. So, doktor cakap dah boleh buat detail scan ultrasound dan 3D HD scan dekat baby.
Pakej Ultrasound Ibu Hamil di Klinik MyFamily by MySonoworld

Ada yang tanya Aten, takpe ke buat ultrasound ni?
Aten lepas tau je Aten pregnant, terusss Aten buat scan baby ultrasound. Teruja nak tau keadaan baby dalam rahim kita. First timer kan. Hehehe. Korang jangan risau, prosedur ultrasound memang selamat dan tak sakit pun. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh menggunakan gelombang bunyi. Pengimejan ultrasound, juga dikenali sebagai imbasan ultrasound atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrasound diletakkan terus pada kulit.

Pengimejan ultrasound adalah ujian perubatan invasif yang membantu untuk mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan.

Detail Scan


Detail Scan baby juga dikenali sebagai imbasan morfologi dan dilakukan dalam 2D ​​(hitam dan putih). Paling baik dilakukan pada kehamilan anda pada minggu ke 20 – 26. Ia adalah imbasan terperinci bayi kita. Terdapat banyak aspek yang akan dinilai semasa sesi ultrasound ini untuk memastikan bayi kita berkembang dalam keadaan normal. Mereka secara rutin akan melihat kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma, abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing dan perut; tulang belakang, dan anggota badan termasuk tangan dan kaki. Ini memerlukan keadaan pengimbasan yang baik. Jika bayi tidak memberikan kerjasama (kedudukan bayi memainkan peranan penting), mereka mungkin memerlukan lebih banyak masa dan imej yang akan diambil pada masa yang lain. Ibu mungkin akan diminta untuk berjalan-jalan dan kembali pada hari yang sama atau sesi lain akan dijadualkan.
Setiap pengukuran dibandingkan dengan pelbagai rujukan yang biasa, yang berbeza dengan kehamilan lain. Setiap bayi individu mempunyai ciri-ciri sendiri (contohnya, sesetengah bayi mempunyai ukuran kepala yang lebih besar atau ukuran tulang paha lebih pendek). Ciri-ciri ini sering sama dengan ibu bapa bayi (contohnya, seorang ibu bapa mempunyai kepala lebih besar daripada saiz kepala purata). Ukuran di luar julat normal tidak sentiasa ketara, terutamanya jika perbezaan adalah minimum. Bayi akan dinilai dengan teliti jika terdapat kebimbangan mengenai ukuran  yang tidak normal.
Aspek-aspek lain yang dinilai adalah :
  • Kadar Jantung bayi dan irama
  • Bilangan bayi (Jika kembar)
  • Kedudukan plasenta
  • Jumlah cecair amnion sekitar bayi
  • Tempoh serviks – Rahim Ibu

3D/4D/5D/HDLIVE Scan3D ScanHD Scan

Imbasan 3D menunjukkan masih gambar bayi dalam tiga dimensi. 
Imbasan 4D menunjuk bergerak imej 3D bayi.
Masa yang terbaik untuk mempunyai 3D atau 4D scan adalah apabila anda berada di antara 26 minggu dan 32 minggu kehamilan.
Ia adalah semula jadi untuk kita jadi teruja untuk melihat bagaimana bayi kita dalam bentuk fizikal. Dengan imbasan 3D 4D ni, kita boleh melihat bentuk mulut dan hidung bayi kita, atau dapat mengesan dia menguap atau lidahnya keluar.
Imbasan 3D4D/5DHDLIVE adalah dianggap selamat, kerana imej-imej yang terdiri daripada bahagian-bahagian imej dua dimensi ditukar kepada gambar. Imbasan 3D4D/5DHDLIVE boleh memberikan lebih banyak maklumat mengenai kelainan yang boleh dikenalpasti. Kerana imbasan ini boleh menunjukkan lebih terperinci dari sudut yang berbeza. Pengimbasan 3D4D/5DHDLIVE juga berguna untuk melihat hati dan organ-organ dalaman yang lain.
Sebelum 26 minggu, bayi mempunyai lemak yang sangat sedikit di bawah kulitnya, jadi tulang mukanya akan lebih nampak melalui imbasan scan. 
Selepas 32 minggu, kepala bayi berada di kedudukan dalam pelvis, jadi mungkin tidak dapat melihat mukanya. Jika plasenta berada di hadapan rahim, yang juga dikenali sebagai anterior plasenta, ibu akan mendapat imej yang terbaik untuk bayi jika menunggu sehingga minggu ke 28 kehamilan.
Jom tengok #LittleFF senyum! Hehehe :D
Alhamdulillah detail scan #LittleFF semua okay. Baby sihat dan mummy dia pun sihat dan berkembang dengan jayanya. Hehehe.
Soooo, kepada ibu hamil atau bakal ibu yang akan hamil yang baca post ni, Aten sangat recommend korang untuk datang ke Klinik MyFamily by MySonoworld sebab kat kemudahan pemeriksaan bayi kat sini semuanya lengkap. Malah, lebih selesa dari korang pergi KK. Korang hanya perlu set appointment je, tak perlu tunggu lama-lama. Then, bila tengah scan baby tu, ada TV kat depan kita disediakan sekali yang linkkan ke mesin sonogram tu. So, kita boleh tahu perkembangan bayi kita setiap kali buat pemeriksaan. Tempat pun selesa. Mesra kanak-kanak. Ibu yang bawak anak yang ke sini siap boleh tengok kartun yang dipasang di klinik. Jadi, takde la bising sangat dan kacau ibu kan. Hehehe. Klinik ni pun mudah dicari dan banyak parking kat area sini. Jom cuba! Jangan lupa set appointment dulu tau :D
Klinik MyFamily by MySonoworld
Alamat :
BG 14, Residensi Bistaria Apartment, Ukay Bistari, Hulu Klang, 68000 Ampang, Selangor
03-4162 2754
010-225 6224

#AJL32 | Keputusan Penuh AJL32

$
0
0
Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu buat kali ke 32 pada bulan 11 Februari. Bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL 32 kali ini membawakan tema “Fesyen dan Muzik” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 32 ini.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Pemenang setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.

Juara AJL 32 - Hael Husaini - Jampi
RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat ke-2 AJL 32 : Sejati - Azmi Caliph Buskers
RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat ke-3 AJL 32 : Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Anugerah Vokal Terbaik AJL 32 : Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Anugerah Persembahan Terbaik AJL 32 : Altimet - Amboi
RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung : Khai Bahar
Trofi & telefon pintar Samsung A8+

Tahniah semua! Semoga tak jemu memeriahkan industri muzik tanahair :D

Ceritera Hamil : Pemeriksaan Blood Sugar Profile (BSP) Ketika Hamil

$
0
0
Selepas Aten kantoi MGTT haritu (lepas 2 jam minum air gula : result gula 8.1 - lebih sikit dari range yang diberikan) , Dr Azira dari Klinik My Family by MySonoworld nasihatkan untuk Aten check Blood Sugar Profile harian Aten. Fuhhh! Mencabar gilaaaaaa nak kena cucuk ambik darah sendiri check sendiri. Nak suruh Feeq cucukkan dia pun takut jarum. Hahaha.

Untuk check BSP ni, Aten check guna Accu Chek Active mama punya. Fuhhh jimat takya beli baru. Hehehe. Dr Azira nak pantau gula harian Aten. Jadi, Dr suruh check sendiri tak kisah selang sehari ke selang dua hari. Dah habis nanti kena jumpa Dr untuk follow up result BSP. Jadi Aten buat selang sehari lah. Tak nak tunggu lama2. Nak tau jugak gula dalam badan Aten ni normal ke apa kan.

Lepas 2 minggu cucuk jari sendiri untuk check gula. Aten rasa gula dalam badan Aten normal. Jadi, haritu bila jumpa Dr Azira untuk follow up, Dr Azira sangat berpuas hati dengan result BSP Aten. Alhamdulillahh. Hehehe.

Tapi Dr Azira sarankan Aten untuk teruskan buat BSP ni. Untuk pantau paras gula dalam darah Aten sepanjang hamil ni. Seminggu 2 hari. Ok Aten sahut cabaran Dr Azira ! Hehehe

Normal range untuk Blood Sugar Profile (BSP)
  • Pre breakfast (1 hour before breakfast) = <5.0mmol/L
  • Pre lunch (1 hour before lunch) = <6.0mmol/L
  • Pre dinner (1 hour before dinner) = <6.0mmol/L
  • Post dinner (2 hour after dinner) = 6.0mmol/L

Haritu jugak ada buat test untuk HbA1c. So, next check up boleh tau lah result Aten. Fuhhh nervous! 

Selamat Hari Jadi yang ke-20 Nandos !

$
0
0
Nandos merupakan sebuah jenama ikonik yang dikenali dan digemari di seluruh dunia, meraikan hari jadi mereka yang ke-20 di Malaysia. Daripada permulaannya yang sederhana di Jalan Telawi, Bangsar, Nandos telah mencuri hati pelanggan dan menjadi kegemaran dalam kalangan penggemar ayam bakar tempatan termasuklah Aten. Hehehe. Bayangkan dapat makan pulak dengan sos PERi-PERi. Fuhhhh! Terus rasa lapar bila teringat makan haritu. Hahaha
Sebaik sahaja restoran Nandos ditubuhkan di Malaysia, PERi-PERi Nandos yang mempunyai keunikan mereka tersendiri telah mendapat perhatian kepada mereka yang mencubanya. Percaya atau tidak, Nandos menanam cili PERi-PERi sendiri dengan bantuan lebih daripada 1400 petani bebas di Afrika Selatan. Mengadun keajaiban kecil yang berapi-api dengan bawang, minyak, herba, lemon segar dan bawang putih menghasilkan senjata rahsia jenama ini yang tiada tandingannya, iaitu sos PERi-PERi Nandos.
Apa yang uniknya mengenai sos PERi-PERi Nandos ialah ianya tidak bersifat 'pedas secara langsung' seperti sos cili yang lain. Ayam-ayam diperap dalam sos selama 24 jam dan kemudian dilumur dengan pilihan tahap kepedasan bermula daripada Lemon & Herb hingga ke Super Hot yang berapi-api.
Jenama yang hampir mencapai status kultus di Malaysia turut menawarkan sos PERi-PERi yang boleh dibeli oleh peminat untuk kegunaan di rumah. 
Fakta Menarik mengenai cili PERi-PERi
  • Cili PERi-PERi adalah unik kepada Nandos
  • 42,000 cili diperlukan untuk mengisi satu beg 14kg dan 25,000 beg dipenuhi setiap tahun - jumlahnya ada lebih daripada satu bilion cili!
  • Setiap kilang cili menghasilkan kira-kira 300 cili yang dipilih dengan tangan dan dipetik satu demi satu
  • Mereka juga diasingkan dengan tangan dan dikeringkan secara semulajadi di bawah sinar matahari Afrika
  • Cili PERi-PERi mengandungi 'capsaicin' yang memberikan kesan baik - anak mata akan membesar dan kadar metabolisme akan meningkat apabila merasakan peningkatan endorfin
  • Cili PERi-PERi juga kaya dengan Vitamin A, B dan C.

Gambar dan Nama Anak Siti Nurhaliza

$
0
0
Finallyyyy, lepas tujuh hari kelahiran, Dato Seri Siti Nurhaliza menunjukkan gambar anaknya dan juga nama yang diberikan untuk bayinya. Siti Aafiyah Khalid. Nama seindah wajahnya. Sejuk je hati bila tengok gambar Siti Aafiyah Khalid. Lagi sejuk perut ibu mengandung. Selepas 12 tahun perkahwinan dengan Dato K, Alhamdulillah Allah bagi rezeki anak kepada Dato Seri Siti Nurhaliza. Aten tumpang gembira dengan berita baik ni. 

Tak lama pulak, turn Aten melahirkan zuriat yang Aten kandung. Trust me, perasaan hamil tu sangat indah. Lagi-lagi bila bayi dalam perut Aten bergerak-gerak dalam perut Aten. Besarnya kuasa Allah. Doa-doakan segalanya dipermudahkan ya :')

Ceritera Hamil : Pengalaman Hamil 2nd Trimester

$
0
0
Sedar tak sedar dah habis dah 2nd trimester Aten hamil. Cepatnyaaaaa :O
2nd trimester ni Aten rasa fasa yang sangat sibuk bagi Aten. Sampai keluarlah 3 blogpost. Hehehe

Dalam fasa 2nd trimester ni jugak lah, Aten belajar banyak benda mengenai hamil. Rupanya bukan senang ye nak jaga diri dan bayi ketika hamil. Dekat 2nd trimester ni jugaklah perut Aten naik mendadak. Barulah nampak macam hamil dengan perut maju kehadapan. Hahahaha
Perkara yang perlu dilakukan di 2nd trimester hamil :
Detailed Scan

Detailed Scan bayi pada usia 5 bulan dalam kandungan. Time ni korang boleh check kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma, abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing dan perut; tulang belakang, dan anggota badan termasuk tangan dan kaki.


Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test)
MGTT dilakukan untuk mendiagnosis penyakit diabetes terutama untuk ibu yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka penghidap kencing manis (diabetes) atau tidak. Risiko diabetes sangat tinggi dalam kalangan ibu hamil.

BSP (Blood Sugar Profile)
Ni yang korang perlu buat bila korang kantoi MGTT. Hahahaha. Kira BSP ni membantu untuk kita kawal sugar intake harian kita lah. BSP ni korang boleh lah cover tipu2 nombor dia, tapi bila buat ujian HbA1c ni tak boleh dah nak tolong korang. Alhamdulillah ujian HbA1c Aten berada dalam normal range. So, tak perlu lah pergi hospital. Hehehe
Pengalaman 2nd trimester Aten?
2nd trimester Aten bagi Aten quite memenatkan daripada 1st trimester. Bila Aten rasa penat, time tu jugak lah Aten carik food nak makan sebab lapar dan nak hilangkan penat. Hehehe. 2nd trimester jugak lah berat Aten yang naik agak banyak sebab tak dapat nak kawal nafsu makan. Craving masa 2nd trimester tersangatlah banyak! Aiskrim Mcdonalds kalau boleh nak hari, cake Chocolate Indulgence Secret Recipe, Bihun Tomyam, Roti Telur, Ayam Penyet Wong Solo. Kadang2 tu, makan ayam penyet hari-hari pun takpe. Air manis pun minum banyak sampai la kantoi MGTT. Tapi kantoi lebih sikit je. Hehehe. Sampai lah doktor Azira dari Klinik MyFamily by MySonoworld warning suruh control makan. Lepas dah kena warning tu baru lah berat tu dah tak naik sangat, Hehehe. Bila perut dah maju kehadapan ni, bila berjalan jauh sikit, dah terasa mengah sikit. Lagi-lagi bila naik tangga, fuhh rasa macam berlari 500meter non stop. Lepastu terus carik air manis nak bagi elok balik. Bila dah hujung 2nd trimester jugaklah tidur jadi tak selesa. Kejap mengiring ke kiri kejap mengiring ke kanan. Nasib baik Feeq ada belikan maternity pillow. Hehehe.

MILO® Lancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku

$
0
0
Semalam Aten berkesempatan ke pelancaran inisiatif MILO® Aktif Negaraku di Surian Tower. MILO® yang telah memacu pembangunan di sukan peringkat akar umbi di Malaysia selama lebih 60 tahun bertekad untuk membantu seramai lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.
Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan = lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan Good Food, Good Life kepada semua rakyat Malaysia.”
Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO® Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia MILO® serta pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara. Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
MILO® Bola Juara, “Smart Ball” unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.
Aten pun tak lepaskan peluang untuk mencuba MILO® Bola Juara, “Smart Ball”  yang unik dan terbaru ni :D
MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!

Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ni boleh terjah media sosial MILO® di :

Ceritera Hamil : Perubahan Tubuh Ketika Hamil

$
0
0
Perubahan Tubuh Ketika Hamil :


1. Kehidupan Seks
Perubahan hormon boleh membuatkan kita mahu sama ada lebih atau kurang seks. Kedua-dua keadaan ini, berdasarkan kepada keadaan hormon.

2. Payudara Sensitif
Payudara biasa terasa lebih besar, sensitif atau sakit. Warna puting akan menjadi lebih pekat dan akan menjadi lebih gelap sepanjang kehamilan.

3. Sembelit
Ini terjadi kerana kekurangan vitamin dan air. Lebih kerap terjadi jika korang mengambil zat besi. Rahim juga akan menekan usus kecil dan menyebabkan pembuangan air besar tidak lancar. Minum lebih air putih dan juga lakukan senaman ringan secara rutin.

4. Perubahan Kulit
Kulit sering menjadi kering dan menjadi lebih gelap pada beberapa bahagian. Ini kerana hormon yang meningkat. Kadangkala, kulit muka akan menjadi berminyak dan jerawat sering muncul.

5. Masalah Buang Air Kecil
Hal ini sering terjadi pada trimester ketiga kerana rahim telah menekan pundi kencing. Pemakaian seluar dalam yang selesa harus dititikberatkan agar kebersihan sering terjaga.

6. Peningkatan Berat Badan
Ini adalah wajar semasa hamil. Nafsu makan akan meningkat dengan drastik kerana perubahan hormon. Pastikan makan makanan yang seimbang mengikut keperluan kehamilan.

7. Sakit Kepala
Ini kerana peningkatan salur darah serta pembengkakan hidung yang menyebabkan hidung senang tersumbat. Perubahan hormon dan kesukaran untuk bernafas juga mengakibatkan sakit kepala

8. Gusi / Hidung Berdarah
Ini juga disebabkan oleh faktor hormon yang meningkatkan peredaran darah.

9. Mual dan Kerap Muntah
Mual terhadap makanan tertentu adalah normal dalam tempoh kehamilan. Ini kerana meningkatnya hormon di dalam badan. Boleh diatasi dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap.

10. Merasa Lelah
Ini kerana tubuh bekerja secara aktif untuk menyesuaikan fizikal dan emosi untuk kehamilan. Peningkatan hormon juga mempengaruhi pola tidur. Cukupkan rehat untuk mengurangkan rasa lelah.

Aten dapat tau mengenai perubahan tubuh ketika hamil ni melalui diari ibu hamil yang Aten tengah guna yang diberikan oleh Klinik MyFamily by MySonoworld. Dalam buku ni lengkap dengan panduan untuk ibu hamil terutama mereka yang hamil kali pertama. Jadi, Aten share pulak dengan readers kesayangan Aten. Benda baik kita perlu kongsi sesama kan? Semoga bermanfaat untuk semua 💖

Ceritera Hamil : Susahnya Kawal Nafsu Makan bila Hamil !

$
0
0
Susahnya Kawal Nafsu Makan bila Hamil ! 
Peningkatan berat badan dan pregnancy cravings memang tak dapat dipisahkan terutamanya kepada ibu hamil. Aten juga mengalami benda ni. 
Trimester pertama semuanya normal. Berat naik sikit je dan craving nak makan banyak benda tu takde lagi. Dalam trimester pertama, doktor Aten dari klinik MyFamily by MySonoworld suggestkan Aten untuk makan kekacang seperti walnut, almond ; buah-buahan seperti berries, strawberri dan blueberry , kurma, susu, yogurt, salmon oil, supplement yang bersesuaian.

Tapiiii, berat Aten naik mendadak bila masuk trimester kedua. Bila nampak food je rasa nak makan walaupun dah kenyang. Kuikui. Bila dah plan nak makan nasi lemak untuk breakfast, jangan harap lah boleh tukar dah makan roti canai ke apa. Nanti terbayang-bayang nasi lemak dalam kepala otak. Hahahaha. Coklat, cake, aiskrim jangan cakap lah. Kalau boleh nak hari-hari. Kat rumah memang ada stok aiskrim bila tiba-tiba teringin nak makan. Kalau pergi mall, wajib singgah McDonalds beli aiskrim dorang. Dapat yang Sundae Cone tu pun cukup asalkan sejuk. Hahaha. Setiap kali pergi klinik checkup baby sumpah nervous bila nak timbang berat badan. Hasilnya, setiap bulan maintain naik 3 bulan. Hahahaha.
Bila dah masuk trimester ketiga ni, doktor Aten dah bagi warning untuk kawal berat badan Aten. Mentang-mentang pregnant semua benda nak makan tak kira pagi petang siang malam. Kuikui. Makanan dan minuman yang Aten selalu amalkan masa trimester kedua, doktor tak bagi sentuh langsung. Contohnya air milo. Masa trimester kedua boleh dikatakan hari-hari Aten minum air milo bancuh sendiri banyak2 dalam jug lepastu sejukkan minum sampai ke malam. Mungkin tu salah satu sebabnya berat Aten naik. Bila Aten follow apa yang Dr Azira suruh makan dan tak, berat Aten masa checkup bulan 7 naik 1kg je. Nak tak nak kena lah cuba kawal nafsu makan walaupun susah gilaaaaa. Rasa nak makan semua yang ada depan mata. Hehehe. Rabu ni checkup dekat Klinik MyFamily by MySonoworld. Fuhhhh! Seram nak timbang berat :3

Safi Shower - Rangkaian Produk Terbaru Safi

$
0
0

Selain kekalutan dan tekanan bekerja, jangan biarkan kulit kita terdedah dengan kotoran dan habuk akibat pencemaran! Keadaan cuaca yang tidak menentu, udara yang kering akibat penghawa dingin, kualiti tidur yang merosot serta tabiat pemakanan yang tidak sihat sering menjadi foktor kulit rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.


Bagaimana kita memanjakan diri adalah cerminan terhadap cara kita memberi layanan terhadap orang sekeliling- keluarga, ibu bapa, mahupun rakan sekerja. Semakin tinggi kasih sayang kita terhadap diri, semakin tinggilah juga kasih yang di sebarkan sepanjang hari. Segalanya bermula dari dalam diri.

SAFI- rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga.

Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.

Masa mandi seringkali dianggap sebagai rutin biasa dan bukannya saat untuk membelai dan memanjakan diri dari tekanan seharian. Dengan rangkaian SAFI SHOWER, saat mandi anda kini lebih bermakna! Selangkah ke dalam bilik mandi bagaikan mencecah kaki ke pasir pantai sambil ditemani hembusan angin yang mententeramkan. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap.


Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih. 2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. 
    Serai Lime Splash:
Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar- serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda!
 Kokonut Shake:

Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!
 Berry Smoothies:
Buat si pengambara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Kini, anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin!
 Passion Honey Frost:

Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi.  

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Boleh juga dibeli online di https://shopee.com.my/

Harga :
Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g pek eko isian semula) 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI,

Ceritera Hamil : #LittleFF is a Boy !

$
0
0
#LittleFF is a boyyy!
Yeayy memang naluri seorang ibu kot Aten dapat rasa baby yang Aten kandung ni baby boy. Sebab aktif semacam je dalam perut Aten ni bergerak-gerak. Hehehe. 

Alhamdulillah Aten dan Feeq syukur gila dengan pemberian Allah ni. Kitorang memang tak kisah baby ni laki atau perempuan. Yang penting, #LittleFF sihat walafiat bila lahir nanti dan menjadi penyeri dalam kehidupan harian Aten dan Feeq nanti.
Scan jantina bayi boleh dilakukan ketika kandungan berusia seawal 5 bulan. Fuhhh! Sumpah nervous bila nak checkup di Klinik MyFamily by MySonoworld untuk tahu gender baby walaupun naluri kuat mengatakan baby boy. Nasjb baik baby behave dan memberi kerjasama untuk bagitau dia ni laki ke perempuan. Hehehe. Dengan kepakaran sonographer dok belek-belek perut Aten akhirnya nampak la bebird #LittleFF dan sah lah naluri Aten yang mengatakan baby ni baby boy. Alhamdulillahhhh!

Dengan lahirnya #LittleFF ni nanti, makin meriah la rumah Aten. Hahaha. Tak cukup 1 baby yang sedia ada kat rumah ni, bertambah 1 lagi baby dalam perut Aten. Hekhek. Adik beradik Aten pulak tak sabar nak menyambut anak buah pertama dorang. Setiap kali balik rumah mama ayah, adik Aten yang kecik tu tanya bila baby nak keluar. Hahaha. Tak sabar nak naik pangkat semuanya. Kahkahkah.

Sempat la Aten buat video nak reveal gender #LittleFF. Jemput tengok video ringkas Aten ni. Hehehe.

Bmama Maternity Review

$
0
0
Bmama Maternity Review
Korang pernah dengar pasal kedai Bmama Maternity?
Aten tau pasal kedai ni pun melalui kawan blogger Aten yang juga dulu pernah hamil. Hehehe. Memandangkan Aten dah masuk trimester ketiga hamil, family dan kawan2 Aten pun dah suruh Aten beli barang keperluan untuk lepas bersalin nanti iaitu Nursing Bra. Senang nanti nak menyusu #LittleFF nanti. Aten pun nak beli legging untuk Aten buat yoga pregnancy sebab doktor Aten suruh suggest buat untuk memudahkan bersalin Aten nanti
Bmama Maternity merupakan kedai one stop centre dimana mereka menjual keperluan penyediaan kepada bakal ibu dari semua peringkat kehamilan dan terdapat pelbagai jenama untuk memberikan penjagaan terbaik kepada semua bakal ibu. Bmama juga merupakan pengedar tunggal untuk jenama bersalin Jepun yang telah memenangi anugerah iaitu INUJIRUSHI.

Sekarang ni, Bmama terus memperluaskan jenama mereka di seluruh Malaysia. Korang juga boleh menemui produk dari Bmama di rumah-rumah / pusat pengasingan dan juga kedai-kedai bersalin.

Bilik pameran utama Bmama Maternity terletak di Bandar Menjalara, Kepong. Buat masa ni, Bmama Maternity mempunyai 2 outlet yang boleh korang lawati iaitu :
  • AEON Bandar Utama (Level 1) - Maternity Section
  • Elebe Maternity - Melawati Mall
Pregnancy Support Belt (RM73)
  • Reka bentuk ergonomik, sesuai untuk kehamilan & pakai selepas bersalin
  • Melegakan bahagian bawah badan, sakit sendi dan sakit otot dengan menyokong pertambahan berat badan
  • Menggalakkan postur yang betul semasa hamil dan juga selepas hamil
  • Mengangkat & mengetatkan organ dalaman dan rahim
  • Tali boleh laras mengikut bentuk badan masing-masing
  •  Sewn - in steel boning di belakang belt untuk sokongan yang lebih kuat
Sepanjang Aten 8 bulan hamil ni, berat Aten naik 13kg dari berat badan asal Aten sebab Aten craving nak makan macam-macam. Alahan tak teruk. Bila nampak makanan yang manis, rasa nak makan semua. Sedar tak sedar dah 13kg naik. Jadi, dengan pertambahan berat badan Aten dan perut yang semakin membesar kedepan membuatkan belakang Aten sakit bila duduk lama sangat, berdiri lama sangat dan berjalan lama sangat. Bukan apa, bila time kerja memang tak boleh elak kena berdiri lama, duduk lama walaupun hamil. Kena gagahkan diri jugak. Hukhuk. Bila Aten datang ke Bmama Maternity ni, staff dorang suggest untuk Aten beli pregnancy support belt untuk menyokong berat Aten. Cara nak pakai senang gilerr! Siap boleh adjust belt dia mengikut keselesaan kita. Masuk je trimester ketiga ni, Aten  tak pernah miss pakai setiap hari. Ni pun Aten tengah pakai belt ni sambil taip entri ni. Hehehe.
Maternity Legging
Box set : RM78 (3 pairs)

  • Free size, jenis kain cotton yang super stretchable dengan tali pinggang boleh laras mengikut saiz perut
  • Terletak sempurna di pinggang (high waisted)
  • Sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju terutama baju oversized untuk kelihatan bergaya
  • Bertindak sebagai inner-wear leg warmer pada waktu malam yang sejuk
  • Masih boleh digunakan walaupun selepas melahirkan
Antara maternity wear yang wajib ada untuk setiap ibu hamil ! Legging kan terkenal dengan ciri-ciri yang mudah diregang mengikut bentuk badan kita. Selesa gilaaaaaa Aten pakai legging ni ! Lagi-lagi bila Aten buat pregnancy yoga untuk memudahkan bersalin nanti. Sebelum ni Aten beli legging yang murah, pakai 2 3 kali je dah koyak. Terus rasa down taknak buat exercise dah. Hahha. Tapi bila Aten pakai Maternity legging dari Bmama ni , stretch cemana pun legging ni tak koyak wehh. Makin semangat seorang Aten buat yoga pregnancy setiap hari. Mahal sikit takpe yang penting, Aten boleh guna walaupun dah bersalin nanti.
Premium Nursing Bra - BR104 (RM129)
  • Laras tali lebar yang boleh diselaraskan untuk memberikan sokongan keseluruhan mencegah sakit bahu
  • 2-way feeding: front opening & clasp
  • Elastik di bawah jalur
  • 4 back hooks & eyelets for better hold and comfort
  • Pembukaan depan bersilang
  • Privacy band inside cup
  • Padding payudara berstruktur lembut, mudah untuk bergolek ke bawah semasa suapan bayi
  • Pad payudara yang luas untuk liputan cawan penuh
  • Padding lapisan depan kalis air sintetik menghalang susu yang bocor daripada pakaian 
  • Non-wired push up bra
  • Wide wing band to support breasts
  • 3 panel boning fleksibel yang kukuh untuk jahitan sampingan untuk menghalang payudara daripada kendur

Premium Nursing Bra - BR100 (RM129)
  • Breast pump friendly bra design
  •  2-way feeding: front buckle & clasp
  • Full cup coverage
  • 4 back hook & eyelets untuk keselesaan
  • Wide wing band untuk menyokong keseluruhan payudara
  • Wing band diperbuat dari struktur lembut, selesa dan sesuai untuk payudara sensitif
  • Lapisan depan lapisan satin melambatkan susu yang bocor daripada terkena pakaian
  • Padding payudara lembut berstruktur, untuk sokongan payudara yang betul dan mudah untuk bergolek ke bawah semasa suapan bayi
  • Laras tali lebar yang boleh diselaraskan untuk memberikan sokongan keseluruhan mencegah sakit bahu
  • 3 panel boning fleksibel yang kukuh untuk jahitan sampingan untuk menghalang payudara dari mengendur ke sisi tepi
  • Elastik di bawah jalur
  • Memberi tolakan semula jadi tanpa underwire (tiada wayar) - natural push up
Overall, Aten sangat berpuas hati dengan produk yang disediakan di Bmama Maternity. Masuk je kedai ni sumpah Aten rambang mata. Rasa macam semua perlu bila dah hamil ni. Hahaha. Nasib baik ada staff yang sangat mesra yang menolong Aten beli apa yang patut semasa di trimester ketiga ni. Banyak pilihan yang boleh dipilih dan cantik ! Dari segi harga pulak bagi Aten sangat berpatutan dengan kualiti yang disediakan. Semuanya lengkap untuk ibu hamil :D

SPECIAL ONLINE CODE!
Kepada ibu-ibu yang takde masa nak datang kesini, korang boleh online shopping jugak tau. Sangat mesra pengguna website Bmama (www.bmama.com.my). Korang boleh dapatkan 20% off dengan menggunakan code [BMAMAFATIN] . Valid sampai 31 December 2018. Free shipping kalau korang shopping lebih dari RM100 tau. Selamat bershopping mummiess!

Psssttt! Nantikan voucher giveaway Aten di Facebook Aten k? Follow rapat-rapat fb.com/thefatinbella tau 😁

Untuk maklumat lanjut mengenai Bmama,
Facebook | Website | Instagram
Address :
34G, Jalan Medan Putra 4, Medan Putra Bussiness Centre, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Operation hour : 9AM-6PM
Contact : 03-6261 2332

Natasha by dr. Fredi Setyawan

$
0
0
Korang pernah dengar brand Natasha by dr. Fredi Setyawan ?
Aten pun baru je tau pasal brand ni bila Aten berpeluang ke Meet & Greet Skin Care Workshop yang dorang buat baru-baru ni. Memandangkan Aten takde buat apa dan dekat dengan rumah Aten, so Aten datang la join workshop ni untuk menambahkan ilmu penjagaan muka Aten. Yelaa, dah ada suami ni kena lah jaga muka lelebih sikit kan. Hehehe

Natasha by dr. Fredi Setyawan adalah salah satu jenama terkemuka Indonesia untuk penjagaan kulit, dengan hampir 100 kedai yang dibuka di semua bandar utama. Kira dah popular lah jenama di Indonesia. Dr. Fredi Setyawan banyak pergi ke seminar kecantikan antarabangsa dan kemudiannya membangunkan produk kecantikannya yang pertama, dengan tumpuan yang sesuai untuk kulit penduduk di rantau Asia Tenggara. Selepas menyambut baik penjagaan kulit muka dari rakan-rakan isteri beliau, Dr. Fredi kemudian memutuskan untuk membuka outlet Natasha yang pertama di Ponorogo, Jawa Timur untuk mengisi niche ini. 'Natasha' diambil selepas nama anak kedua mereka dan akhirnya pada tahun 2017, Natasha by dr. Fredi Setyawan memasuki pasaran Malaysia dan semakin dikenali di sini.

Antara produk Natasha by dr. Fredi Setyawan : 
Lipstick Natasha by dr. Fredi Setyawan
 Eye care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Body Care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Hair Care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Skin Care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Set penjagaan kulit untuk lelaki ada jugak tau!

Selain daripada menjual produk penjagaan kulit, Natasha by dr. Fredi Setyawan turut menyediakan servis facial dan spa treatment untuk mereka yang berminat. Harganya sangat berpatutan dengan servis yang disediakan.  Sambil buat facial dan spa tu boleh juga kita merehatkan minda tenangkan fikiran. To be honest, Aten sangat suka environment di Natasha by dr. Fredi Setyawan. Sangat menenangkan dan staff yang melayan kita pun sangat baik dan peramah. Professional gitu. Hehehe. 
Masa Aten datang tu, staff Natasha by dr. Fredi Setyawan menunjukkan demo dan cara yang betul untuk kita jaga muka kita. Sangat mudah untuk digunakan produk dari Natasha by dr. Fredi Setyawan. Kalau macam kita taktau nak guna ke apa, staff dorang boleh ajarkan cara nak guna. Just jangan malu nak tanya. Malu tanya sesat jalan ye dak?
Korang juga boleh daftar menjadi ahli Natasha by dr. Fredi Setyawan. Banyak benefit yang korang boleh dapat tau :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Natasha by dr. Fredi Setyawan, klik
Address : 
No. 96 Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact03-2201 9922
Operation hours : 10am - 8pm

Sweetpictures Menawarkan Pakej Fotografi Perkahwinan Murah & Terbaik

$
0
0
Ada sesiapa kat sini yang mencari pakej fotografi perkahwinan yang murah tetapi menawarkan kualiti terbaik tak? Kalau ada, korang kena baca entri ni sampai habis sebab Aten sure mesti korang akan suka dengan pakej yang ditawarkan oleh mereka!

SWEETPICTURES - Im sure ramai yang tahu mengenai syarikat yang menawarkan pakej fotografi perkahwinan murah dan hasilnya sangat membuatkan korang berpuas hati dengan servis mereka.
Haritu Aten berpeluang untuk melawat ofis Sweetpictures yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dekat je dengan rumah Aten rupanya. Hehehe. In Shaa Allah kalau korang waze, memang akan jumpa terus tempat ni takde sesat-sesat. Hahaha.
Yang membuatkan Sweetpictures berbeza dengan yang lain ialah mereka mempunyai galeri mereka tersendiri di ruangan tengah ofis mereka. Ini adalah kerana ada sesetengah potensi client lebih gemar untuk melihat sendiri hasil fotografi, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Sweetpictures. Seperti orang menjual baju, ada pelanggan yang lebih suka mencuba dan ‘merasa’  keras lembutnya kain, barulah mereka mahu membelinya. Ye dak?
Founder Sweetpictures
Rudy Azwan Sairan, 37,  memulakan perniagaan fotografi pada tahun 2004 secara sambilan ketika dia menyambung pengajian di  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Reka Bentuk Grafik. Sebaik saja tamat pengajian dia kembali ke Kuala Lumpur dan meneruskan minatnya itu secara serius dari rumah sehinggalah dia membuka syarikatnya sendiri yang diberi nama Sweetpictures pada tahun 2008. Ketika itu dia hanya dibantu adiknya, Luqman Hakim Sairan. Mereka berdua melakukan segala-galanya daripada mengambil gambar dan videografi, sehinggalah proses terakhir, produk itu siap dan diserahkan kepada pelanggan.

Dalam kerancakan mencipta nama dan kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi, mereka juga pernah menghadapi cabaran dan dugaan apabila terdapat jurugambar sambilan yang menipu pelanggan dan secara tidak langsung  mereka turut terkena tempiasnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat Rudy untuk terus maju dan menghasilkan fotografi dan videografi perkahwinan yang berkualiti menggunakan pelbagai teknik terbaru.

"Syarikat kami benar-benar menumpukan perhatian kepada pelanggan selaras teknologi hari ini. Kami perlu sentiasa peka dengan teknik fotografi terkini agar Sweetpictures terus menguasai bidang fotografi, sama ada untuk perkahwinan dan korporat, "katanya.
Suatu ketika dahulu, Sweetpictures terpaksa berkongsi kedai dengan empat syarikat lain kerana kekurangan modal namun dengan sambutan baik diterima daripada pelanggan, mereka mampu mempunyai premis perniagaan sendiri yang lebih besar, sempurna, teratur dan semakin berkembang  di seluruh negara dengan adanya kakitangan syarikat seramai 21 orang yang bekerja di bahagian penjualan dan operasi serta 58 orang jurugambar dan pemvideo terdiri daripada lelaki dan perempuan. Mereka adalah jurugambar dan juru video sambilan dari seluruh negara yang berdaftar dengan Sweetpictures. Penggunaan media sosial tanpa sempadan kini menyenangkan mereka berhubung dan berkomunikasi dengan potensi pelanggan.

Kini, Sweetpictures melangkah setapak lagi dengan memasuki pasaran untuk golongan atasan (VIP), artis dan selebriti. Antara artis yang menggunakan khidmat mereka bagi merakamkan detik indah hari berbahagia mereka ialah Haziq AF, Zahid AF dan Khazim Nor.
Cantik kannnnn? Rasa macam nak kawen balik je hahahhaha

Perkhidmatan Fotografi Perkahwinan dalam talian yang pertama di Malaysia! 
Sweetpictures adalah satu-satunya syarikat fotografi yang menawarkan perkhidmatan dalam talian di negara ini. Pelanggan hanya perlu 'log masuk' di laman web dan mereka boleh melihat gambar-gambar dan perkhidmatan yang disediakan di halaman itu. Yang paling best, pelanggan boleh memilih sendiri fotografi dan teknik fotografi yang mereka mahukan. Biografi setiap fotografer juga dimuat naik dalam laman web. 

Menurut Rudy lagi, fotografer hanya perlu merakamkan sahaja hari bersejarah 'raja hari' dan proses seterusnya akan dilakukan oleh pihak syarikat termasuk penghantaran kepada pelanggan. Terkini, Sweetpictures memperkenalkan digital album.

Kenapa Aten cakap Sweetpictures ada pakej fotografi perkahwinan murah & terbaik? 
Kerana pakej yang ditawarkan bermula dari RM899. Wehh sangat affordable kot! Korang boleh pilih pakej mengikut kehendak korang dan siap boleh pilih fotografer lagitu. Laman web yang mereka buat pun sangat user friendly.

Sweetpictures ada dua cawangan di Pulau Pinang dan Johor Bharu. Mereka juga mendapat permintaan daripada bakal pengantin di Sabah dan Sarawak.
Ada yang berminat nak join team Sweetpictures?
Mereka turut offer kepada fotografer freelance kat luar sana untuk join Sweetpictures. Korang hanya perlu mendaftar dengan Sweetpictures, mereka perlu melalui beberapa proses kerana dalam menghadapi persaingan kami sangat mengutamakan kualiti dan kepuasan hati pelanggan. Mana tahu rezeki korang murah dengan join Sweetpictures kan? Setiap minggu juga akan diadakan cabaran fotografi antara fotografer. Haaa, sure skill fotografi korang semakin power dan mana tahu menarik hati pelanggan untuk menggunakan servis korang. Jom daftar! :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Sweetpictures, follow social media mereka di :

Sweet Studio Sdn Bhd
No. 54-1, Jalan Danau Lumayan 1, 
Danau Lumayan Business Centre, 
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Office : +603 9174 6868 
Hotline No : +6019 888 3176 
E-mail: sales@sweetpictures.com.my

Blockchains.My (BCMY) Meet Up Summit 2018

$
0
0
Baru-baru ni Aten berkesempatan untuk sama-sama join Blockchains.My (BCMY) Meet Up Summit 2018 yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre. Percaya atau tak,  acara ni dihadiri oleh 2,500 orang! Korang pernah dengar mengenai Blockchains.My (BCMY) ?

Blockchains.My (BCMY) ialah teknologi kewangan (FinTech-Finance Technology masa akan datang) merupakan penyelesaian mudah alih yang menawarkan ciri-ciri pembayaran pedagang dan mata wang digital. Penyelesaian mudah alih yang dikenali sebagai E-wallet ini dilengkapi dengan pembayaran E-mudah. Ianya cepat, selamat digunakan dan dilengkapi dengan teknologi blockchain, memberikan pengguna keupayaan untuk menyimpan dan memindahkan aset serta-merta di seluruh dunia.

Apa itu Blockchain?
Untuk mereka yang tidak tahu, Blockchain ialah lejar dalam talian yang diedarkan yang merekodkan setiap urusniaga dengan mata wang digital. Ini adalah inovasi yang membantu menyelesaikan masalah pengeluaran wang berganda kerana setiap transaksi yang direkodkan dirahsiakan dengan kriptografi dan datanya telah terbukti tidak dapat dipadamkan. Salah satu kelebihan teknologi ini ialah ia merekodkan semua data dalam cara yang selamat dan telus.

BCMY ialah E-wallet utama untuk Dinar Coin (DNC), aset kripto yang berdasarkan kepada nilai emas semasa.  Ini memberi peluang kepada pengguna BCMY untuk menyimpan nilai emas sebenar dalam dompet mereka. Apa yang membuatkan E-wallet BCMY unik ialah kerana E-wallet ini menggunakan NFC yang boleh menyimpan pelbagai aset termasuk DNC offline menjadikannya ianya lebih selamat untuk pengguna. BCMY diadakan bertujuan memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dengan mewujudkan satu landasan untuk pedagang yang pengguna hanya perlu menggunakan kad NFC untuk membeli barangan dan perkhidmatan.
Pengasas BCMY Pte Ltd, Dato 'Azrainuddin bin Zainal telah diberi peluang untuk menjadi penceramah dalam pelbagai acara seperti Sidang Kemuncak Blockchain Dunia di Dubai serta World Blockchain Forum di London. Melalui kejayaannya, Dato 'Azrainuddin bin Zainal telah mengendalikan BCMY Meet Up Summit 2018 untuk meraikan pertumbuhannya serta menyediakan landasan untuk pengguna dan peminat matawang digital untuk bertemu, mendengar, belajar dan mengumpulkan orang dari seluruh dunia dan mewujudkan landasan untuk menyebarkan pengetahuan yang lebih mengenai teknologi blockchain dan matawang digital.

BCMY telah bekerjasama dengan beberapa universiti awam seperti UTM dan UUM bersama-sama dengan ahli akademik terkemuka untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini supaya lebih ramai dapat terlibat dalam membentuk masa hadapan. 
Salah satu sesi yang dinantikan di BCMY Meet Up Summit 2018 ialah pembentangan untuk menerangkan lebih lanjut mengenai teknologi revolusi serta memberikan gambaran tentang produk dan platform baru BCMY yang akan diberikan oleh Dato 'Azrainuddin bin Zainal. Perbincangan panel akan menjadikan sebahagian daripada agenda bermanfaat. Topik perbincangan adalah 'Keuntungan dari Cryptocurrencies & Teknologi Blockchain dalam Ekosistem Kita'. Kepakaran barisan panel adalah dari bidang undang-undang akademik iaitu pengguna utama matawang digital dari seluruh dunia. Barisan panel yang terlibat ialah Encik Nizam Ismail, rakan kongsi RHT Law Taylorwessing Singapura; Dr Rahayu, Pensyarah Kanan & Perunding, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia; Cik Pandu W Sastrowardoyo, Pengerusi Lembaga Pengarah Zoo Blockchain dari Indonesia dan pengasas Pengasas BCMY Pte Ltd, Dato 'Azrainuddin bin Zainal. Di akhir pembentangan ini, mereka yang hadir mendapat pemahaman serta maklumat yang mendalam, pertukaran pemikiran intelektual dan perspektif yang menyegarkan dari ahli panel.
Untuk maklumat lanjut mengenai Blockchains.My, 

Artis Popular Meriahkan Festival Ramadan Putrajaya 2018

$
0
0
Festival Ramadan Putrajaya kembali lagi guys!

Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun ke-6 diadakan Festival Ramadan Putrajaya. Festival Ramadan Putrajaya ini telah diumumkan penganjurannya oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) di Dewan Seri Melati, Kompleks PPj, Presint 3 semalam.
Festival Ramadan Putrajaya ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) . Festival ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya.
Festival Ramadan Putrajaya kali ke-6 ini menampilkan kelainan berbanding penganjuran tahun tahun sebelumnya!

Ini adalah kerana festival kali ni akan melibatkan keseluruhan 160 peniaga dan penglibatan seramai 30 barisan selebriti popular termasuk Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sandha dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk mereka. Selain itu, festival ini turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan setiap minggu di bulan Ramadan dan persembahan 'busking' oleh artis popular masa kini. Festival ini mensasarkan 1 juta orang pengunjung.

RM150,000 TUNAI UNTUK DIBERIKAN KEPADA PENGUNJUNG!
Korang hanya perlu memuat turun aplikasi BOOST dan korang akan mendapat RM10 percuma di dalam aplikasi tersebut. Korang hanya perlu topup Boost Wallet korang dan hanya scan dan bayar. Mudah kan?

Selain itu, terdapat lebih dari 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. Terdapat jugak 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa dari jam 4.00 petang hinggan 12.00 tengah malam. Yang paling best, korang boleh berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar yang berkonsepkan  outdoor cafe di Kompleks PPj :D

PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaam dan kerohanian seperti Solat Terawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah 'drive thru' dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hinggan 7 petang di MTMZA.
Borang Bazar Ramadan Putrajaya 2018 boleh dimuat turun dari laman web Perbadanan Putrajaya (www.ppj.gov.my) atau datang ke Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan PPj
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 03-88877231/7611/7657

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Ramadan Putrajaya 2018,
Contact : 017-3031 953 (Izainil) dan 017-8892909 (Ashraf)

Buffet Ramadan @ The Venue Shah Alam

$
0
0
Haritu Aten berkesempatan untuk ke Preview Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam. Alhamdulillah sebelum Aten  pop, sempat la jugak pergi ke few buffet ramadan sebelum kena berpantang. Hehehe.
Tahun ni, The Venue Shah Alam kali keduanya akan mengadakan buffet ramadan kepada mereka yang mahu menikmati sajian bufet yang luas untuk memilih dan menikmati hidangan ramadan kegemaran mereka. The Venue Shah Alam telah berkolaborasi dengan Chef Nabil Md Salleh sebagai chef utama untuk menyediakan hidangan makanan tradisional Malaysia yang hebat. Antara kelainan yang dibawakan oleh The Venue Shah Alam ialah Ayam Semor dan Nasi Syamin dari Johor. Selain itu, terdapat juga daging kuzi, makanan asli dari Kelantan, dipanggang dengan herba dan rempah-rempah yang terbaik untuk menarik minat selera makan dan disajikan dengan nasi briyani, ayam mandy dan bumbu serta  masak lemak cili padi dan patin masak tempoyak.
Selain itu, terdapat juga kegemaran tempatan seperti ayam kampung ayam goreng, ayam tikka masala, assam laksa, char kuay teow yang terkenal. Di samping itu, akan terdapat kios keropok  seperti keropok lekor, keropok udang dan keropok sayur yang sesuai dengan citarasa korang. Tidak lupa juga sayur-sayuran, ulam-ulaman kampung dengan pelbagai jenis sambal dengan pilihan kerabu.
Untuk tahun ni, The Venue Shah Alam telah melancarkan dewan baru di tingkat 2 yang dinamakan Event Hall yang dapat menampung sehingga 250 pax pada satu masa. Oleh itu, untuk ramadan bufet tahun ni, The Venue akan mempunyai dua dewan termasuk dewan utama yang luas yang dapat menampung sehingga 400 pax pada satu masa. Untuk kemudahan tetamu, semasa bufet ramadan, The Venue juga menyediakan ruang solat untuk Solat Maghrib dan Solat Isyak. Kemudahan parking juga banyak. 
Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam akan disediakan setiap hari dari pukul 6 petang hingga 10 malam dari 18 Mei hingga 12 Jun 2018. Hidangan yang disediakan juga berbeza mengikut hari.

Harga Buffet Ramadan The Venue Shah Alam : 
RM68 nett bagi orang dewasa
RM40 nett bagi setiap kanak-kanak antara 4 dan 12 tahun
RM60 nett seorang untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas

Harga Buffet Ramadan The Venue Shah Alam Early Bird (15 April - 10 Mei) 
RM58 nett bagi setiap orang dewasa
RM35 nett bagi setiap kanak-kanak
RM50 nett bagi setiap warga tua

Bagi tetamu yang memilih untuk menganjurkan perhimpunan buka puasa secara private, The Venue menawarkan pilihan menu bermula RM50 nett setiap orang untuk sekurang-kurangnya 100 orang

Untuk maklumat lanjut mengenai Buffet Ramadan The Venue Shah Alam, hubungi :
The Venue Shah Alam
Address : 
No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15,
Shah Alam, Malaysia
Waze : The Venue Shah Alam
Contact no : 019-858 5825

#PerfectTogehter Ramadan Raya Chef Wan Bersama Mission Foods & Emborg

$
0
0
Semalam Aten berkesempatan untuk join event Ramadan Raya dengan Chef Wan bersama-sama Mission Foods dan Emborg. Walaupun dah sarat mengandung tapi bila ada je Chef Wan, memang Aten terus setuju nak datang sebab suka dengar celoteh dia. Hehehe.

Sempena Ramadan dan Raya yang bakal tiba ni, Mission Foods dan Emborg telah bergabung dalam kempen #PerfectTogether dengan tukang masak terkenal iaitu Chef Wan. Kempen #PerfectTogether menjanjikan kelainan dengan menggabungkan Mission Foods dan Emborg dalam menyediakan juadah dan hidangan yang sangat mudah dan lazat.
Sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, Chef Wan akan berkongsi petua dan berkongsi resipinya bersama-sama dengan produk Mission Foods dan Emborg. Terdapat sejumlah 10 video resipi cepat dan mudah yang boleh kita tonton dan belajar secara dalam talian ketika kita di rumah ataupun on-the-go.
"Berkolaborasi dengan Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini adalah satu pengalaman yang sangat memberi inspirasi dan indah sempena Ramadan dan Raya yang akan membawa keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang untuk berkongsi sama ada ketika sahur ataupun berbuka puasa. Gabungan antara Mission Foods dan Emborg adalah benar-benar #perfecttogether , " kata Chef Wan, tukang masak antarabangsa yang terkenal.
Semalam juga Chef Wan turut membuat demonstrasi masakan dengan memasak 3 resepi mudah iaitu  Mutton Murtabak Wraps, Spicy Tuna and Anchovy Pizza dan Coconut & Banana Cheese Wrap Tarts. Senang gilaaaa tengok Chef Wan masak campak-campak gitu je. Memang sesuai dengan title tukang masak antarabangsa terkenal yang telah mempunyai pengalaman lebih dari 27 tahun ni. Memang amazing gila! 
Dalam demo masakan beliau semalam, beliau menunjukkan cara yang terbaik menggunakan kedua-dua produk, termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. Chef Wan memasak menggunakan gabungan Mission Foods dan Emborg yang mudah dimasak, berkhasiat dan enak menjadikan ianya ideal untuk Ramadan di mana orang cenderung meminimumkan masa yang digunakan untuk memasak.
Kerjasama #perfecttogether antara Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan yang berkualiti, saling melengkapi antara satu sama lain. Pilihan Mission Foods yang banyak adalah kanvas yang sempurna untuk mencipta segala jenis resepi dari Naan sehinggalah ke Supersoft Wraps dan Crunchy Tortilla Chips. Dengan adanya produk Emborg seperti Cook & Bake, Cheddar Cheese Toppings, Butter and Cooking Cream menambahkan keenakan masakan dibuat," kata Randall Tan, Brand Manager for Mission Food South Asia.
Bercakap mengenai kerjasama itu, Encik Kennet Paulsen Country Manager untuk Emborg berkata, "Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman untuk pengguna menikmati produk kami dan kolaborasi #perfecttogether antara Emborg dan Mission Food adalah sempurna. Pengguna boleh menikmati produk Emborg yang mempunyai kualiti terbaik dan berpasangan dengan produk Mission Foods dalam menghasilkan resipi yang lazat sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang akan datang.
Kempen #PerfectTogether akan bermula pada bulan Mei dan pastinya akan membuka selera makan  korang dengan resipi yang mudah disediakan untuk seisi keluarga. Siri ini akan dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Mission Foods, Emborg dan Chef Wan untuk semua orang tonton. 
Jangan lupa untuk follow dan mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini di,
Instagram : Chef Wan | Mission Foods | Emborg
Facebook : Mission FoodsEmborg dan Chef Wan

Buffet Ramadan @ The Everly Putrajaya

$
0
0
Haritu Aten ada menghadiri preview buffet ramadan anjuran The Everly Putrajaya. The Everly Putrajaya ni kalau korang nak tahu, lokasi dia di sebelah Alamanda je. Hehehe

Tahun ni The Everly Putrajaya membawakan tema Rencah Nusantara yang menampilkan 4 Chef, 4 Rasa dari satu Malaysia yang menghasilkan pelbagai rasa yang pasti memikat hati pelanggan yang hadir berbuka puasa di sini.
Di atas merupakan antara yang mendapat perhatian dari tetamu yang hadir masa preview haritu. Aten dan Feeq pun makan bertambah-tambah. Hehehe
The Everly Putrajaya turut 'Live Stall" di mana makanan yang dibuat adalah secara live dan mana tau kita boleh belajar sikit-sikit resepi lazat dorang dan praktikkan di rumah. Betul tak? Lagi-lagi orang yang macam Aten ni. Kena belajar lebih sikit :3
Setiap kali berbuka puasa, apa yang lagi yang orang akan tunggu kann. Semestinya pencuci mulut. Trust me semuanya sedap dan kena dengan selera Aten. Kalau korang singgah, jangan lupa cuba semua tau :D
Selain itu, korang akan dihiburkan dengan busking semasa korang menjamu selera. Mesti bertambah-tambah makan. Hehehe.

Harga Buffet Ramadan @ The Everly Putrajaya :
Tempahan biasa : RM98
Tempahan berkumpulan : Percuma 1 untuk setiap 10 tempahan
Diskaun 50% untuk kanak-kanak 6-12 tahun & warga emas  60 tahun ke atas

Pakej Penginapan RM369 nett
Penginapan 1 malam beserta sahur dan bufet berbuka puasa untuk 2 orang

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet ramadan di The Everly Putrajaya, follow :
For reservation: 011-63186029
Viewing all 490 articles
Browse latest View live