Assalamualaikum semua.
Pertama kali, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi meninggalkan kita semua disebabkan COVID-19.
Aten buat post ni sekadar untuk meluahkan perasaan Aten dan nak berkongsi dengan korang semua memandangkan kita semua tak boleh keluar rumah.
Pemergian penyanyi popular Siti Sarah ahad lepas mengejutkan semua orang termasuklah Aten. Beliau dijangkiti virus COVID-19 ketika tengah sarat mengandung anaknya yang ditunggu selama 6 tahun. Kesian bayi yang dilahirkan tak dapat jumpa ibunya T.T
Ada kawan Aten tanya, apa pendapat you kalau yang nak hamil ketika musim pandemik tengah mengganas?
BIG NO! Tak kisah lah ada yang cakap boleh je nak hamil. Kan boleh check up dengan klinik swasta, bersalin dengan hospital swasta sebab tak ramai orang, follow SOP ketat yada yada.
How sure you are klinik dan hospital swasta selamat? Dengan kes yang dah cecah 20, 000 ribu kes sehari, korang kena assume virus COVID-19 is EVERYWHERE!
Ok meh sini Aten cerita pengalaman Aten mengandung semasa COVID-19. Check up baby bulanan suami tak boleh teman masuk dalam klinik kesihatan dan hospital. Certain hospital mungkin boleh tapi Aten check up dekat HUKM suami tak boleh teman. Dalam labor room suami tak boleh teman (certain hospital swasta mungkin boleh) . Bayangkan kita tengah sakit contraction, takde siapa kita boleh rely on. Fizikal dan mental ibu mengandung kena kuat! Sekuat kuatnya! Ibu mengandung dan mengidam nak makan sesuatu tak dapat dipisahkan. Ada 1 haritu, Aten mengidam nak minum air milo mamak pukul 10 malam tapi kedai makan tutup pukul 8. Sedih gilaaa tapi diri kita sendiri kena faham situasi tidak mengizinkan. And then lepas bersalin, baby kalau kena kuning nak kena ulang alik klinik lagi hospital lagi. Sangat terdedah dengan virus COVID-19. Bahaya for both baby and mommy.
Lepas media buat liputan tentang Siti Sarah, ramai dah ibu-ibu mengandung dan orang lain terbuka untuk menerima vaksin. Ingat tau, vaksin bukan menyembuhkan virus ni tapi mengurangkan risiko virus COVID-19. Dah banyak gilaaa bukti walaupun dijangkiti COVID-19 side effect dia tak seteruk mereka yang belum divaksin.
Hospital pun dah sesak dengan pesakit COVID-19, belum kira tong oksigen tak cukup lagi nak bagi dekat pesakit. Pesakit takde katil kena baring dekat lantai. Nak pergi hospital swasta mahal. Jom kita mainkan peranan kita. Lengkapkan vaksin kita. Kita kena capai imuniti kelompok secepatnya. Keluar bila perlu sahaja. Kurangkan persentuhan dengan orang ataupun benda-benda yang tak perlu terutama bila kita keluar beli barang keperluan rumah. Double mask, pakai face shield. Pastikan hand sanitizer sentiasa dengan kita. Lepas dah balik dari beli groceries, jangan terus pegang anak-anak, mandi dulu basuh baju yang kita pakai tu. Ingat tau, mencegah lebih baik daripada merawat.
Maaf andai ada yang tak setuju dengan post ni. Ni sekadar pendapat 2 sen Aten. Semoga kita semua dilindungi dari virus berbahaya ni. Amiinnnn