Ingatlah bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri. Dalam kehidupan ini, tidak selalunya indah adakala kita akan berdepan ujian-ujian, cabaran dan dugaan di luar jangkaan yang akan menguji diri kita.
Siapa lagi yang akan ubah nasib kita kalau bukan diri kita sendiri betul tak? Dulu bekerja sebagai kelindan lori, pasangan suami isteri, Mohd. Hafiz Arbaee dan Nurul Hassrah Mohd. Khori kini semakin sukses menceburi bidang penjualan produk sabun yang diberi nama Dolive.
Ilmu bisnes yang ditimbanya selama ini tidak akan dipersiakan begitu sahaja dan inilah platform terbaik untuk merealisasikan impian mereka menjadi usahawan sabun berjaya.
Menggunakan jenama Dolive, usahawan Mohd. Hafiz Arbaee dan Nurul Hassrah Mohd. Khori memperbaiki model perniagaan mereka dengan sistem yang lebih teratur bagi membolehkan semua wakil jualannya berniaga secara telus tanpa bersaing sesama mereka.
“Peluang hanya datang sekali, jika kita abaikan dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kita tidak mencapai yang diimpikan selama ini,” kata Nurul Hasrah di pejabatnya di Seri Kembangan baru-baru ini.
Nurul juga berkata beliau mahu membantu usahawan lain terutama yang terkesan dengan pandemik ini dengan memberikan tunjuk ajar yang betul dalam berniaga dan survive terutama di musim pandemik ini. Perubahan yang kecil mampu merubah perkara yang lebih besar.
Sabun Dolive berkonsepkan empat dalam satu yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria. Sabun yang memiliki sembilan haruman eksklusif itu telah dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang teliti.
Sabun seberat 10 liter yang dijual pada harga RM30 dikira sangat berbaloi kerana selain menghasilkan cucian yang memenuhi keperluan pelanggan, ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana Dolive mampu bertahan sehingga hampir tiga bulan.
Produk Dolive juga telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kini telah mencatat jualan sehingga 100,000 botol sebulan sejak mula dipasarkan pada tahun 2019. Pasaran Dolive bukan sahaja ada di seluruh Malaysia tetapi juga berjaya menembusi ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.
“Kami mengunjurkan jualan bertambah kepada satu juta botol sebulan pada masa depan, jumlah ini mampu dicapai memandangkan komitmen rangkaian pengedaran dan juga keyakinan pelanggan terhadap produk sabun Dolive yang berkualiti,” jelasnya.
Tambah Mohd. Hafiz, strategi juga sedang dirancang untuk menambah lebih ramai pengedar kepada 3,000 orang pada masa depan dan juga 30 master leader di seluruh pasaran domestik dan di negara jiran.
Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,000 ejen dan pihaknya mahu menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kewangan ekoran pandemik Covid-19.
Rezeki Nurul dan Dolive semakin bertambah tambah semenjak pandemik COVID-19 berlaku tahun lepas. Jualan sabun Dolive terus melonjak kepada empat juta botol sehingga kini.